VIDEO – Mahasiswi Malaysia di Aceh Positif Corona, Diduga Terpapar di Kualanamu

VIDEO – Mahasiswi Malaysia di AcehPositif Corona, Diduga Terpapar di Kualanamu

ACEHSATU. TV — Dua mahasiswi internasional salah satu kampus di Aceh disahkan positif dijangkit Covid-19 petang tadi di pusat kuarantina Hotel Double Tree, Melaka.

Hal ini disahkan oleh petugas kesihatan yang mejaga pusat kuarantin tersebut pada jam 11.51 AM MYT Minggu, (19/4/2020).

Keduanya diduga terpapar saat berada di Bandara Kualanamu, Medan Sumatera Utara.

Gelombang ketiga membawa pulang seramai 139 orang warganegara Malaysia dari pelbagai daerah Aceh, Medan dan Padang dan menaiki pesawat MAS Airlines di Kualanamu, Medan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengatakan, Kerajaan Malaysia berusaha untuk menangani wabah ini secara holistik dan langkah kuarantin bagi pelajar ini adalah wajar.

Dr. Noor Hisham Bin Abdullah juga berkata ini menunjukkan bahawa tindakan kerajaan untuk mengambil langkah untuk kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan dengan prosedur yang ditetapkan agar kes antarabangsa tidak menjangkit penduduk lokal.

Ia tidak menolak kemungkinan pelajar-pelajar yang dibawa pulang turut membawa virus Corona sekaligus berpotensi untuk menjangkiti orang-orang yang terdekat pernah berhubungan dengan orang sakit tersebut.

Selain itu, sebuah kluster baru telah dideteksi di pintu masuk antarabangsa iaitu di mana kasus positif di kalangan rakyat Malaysia yang pulang daripada Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April 2020.

Kluster ini terdiri daripada 43 orang pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia. (*)